Friday, July 10, 2009

Holiday in Penang

Lama gila aku tak hapdet blog.... sempena datang penang ni.....ada masa skit2 ni sempat la aku update blog ni. hari-hari biasa tu bz sgt.. macam-macam bz ada.. keje lah.. bos lah.. adik2.. lah.. kawan2 lah... pendek kata macam2 lah... so ni datang penang kira relax skit lah.. saja2 datang teman fariz
thank to fariz macho cz ajak dan paksa aku datang....Smalam aku datang ngan bas. naik bas Kuantan-Butterwoth-Sungai Petani-Alor Setar. Aku cari bas kuantan ke penang direct dah abis, so naik bas tu je lah.. Sampai kat butterwoth (kul 5.30) aku bayangkan dia akan berhenti kat stesen bas ( dulu aku penah datang lama dah dia berhenti kat stesen bas) tapi driver tu berenti tepi jalan jer.. dia tunjuk seberang sana ada stesen bas. aku pun angguk2 la. aku jalan2 macam rusa masuk kampung cari stesen bas yang dia kata. puas aku berpusing-pusing baru aku jumpa than baru jumpa jetti ke butterwoth. Aku dok terpikir aku ni lelaki kira x pe la lagi berpusing-pusing cari tempat tu tapi kalau kaum hawa la macam mana. mesti terdedah pada macam2 bahaya nanti.. kesian...

so aku sampai kat jetty butterwoth fariz macho datang ambil aku terus ke G hotel.. than aku nk g ambil gambar-gambar view yang cun-cun ni .... jumpa lagi ya
..

Friday, October 24, 2008

upin ooo ipinnnn



























































Assalamualaikum dan salah sejahtera,,



wa... rasa nya dah lama dah sy x menulis kat sini, maklumlah sibuk ngan keje memanjang, apa nk jadi yer. yelah nak wak camana kan, dah terjebak dalam kerja mcm ni. Kerja as desingner(design engineer) mental kena kuat skit. Bukan apa, Bila dah start buat design tu Walaupun dah stop wak keje tapi otak tu sentiasa jalan, dok berfikir macam-macam camana nk selesaikan masalah design. sambil makan, sambil jalan, sambil sembang, sambil mandi pun ada apa lagi kalau time kat bilik termenung tu kan..(paham2 la tandas la tu) . kadang-kadang tu time solat pun ada (selalunya gitu la kan .. lemahnya iman. masa tu plak idea byk. tp solat plak yang x kusyuk. wa ka ka. Tapi paling best banyak idea masa driving la. mencurah2. Kalau dapat nak tulis semua idea masa driving tu tapi kena drive la plak kan.



opsss. lupa plaks.. actually bukan la nk citer pasal tu kan. nk cerita pasal kartun upin dan ipin ni. saya ni dah minat sangat ngan kartun ni. Tu a mcm kartun kat dalam gambar yang saya masukkan tu la. Kalau siapa2 kawan2 yang ada lagi gambar tu send la kat saya rbafolder@yahoo.com . Saya respect la hasil pembikinan kartun tu. x tau la team dia besilat mcm mana nak hasilkan nya kan. apa-apa tahniah.. penekanan hasil grafik yang korang semua tekankan disetiap sudut memang berhasil, teliti pada gambar, latar belakang, texture dll mmg bagus lah. x ramai anak malaysia yang leh buat tu.



tapi kan.. kalau hasil gitu leh la kita nilaikan... tapi kalau hasil keje kita hari2 ni sapa ek leh nilaikan. hik hik hik..



k lah cow dulu. nak g beraya . he he eh



salam,... waa.. sambung skit kat sini. tu saya ada tambah gambar upin dan ipin skit, thank pada member yang kasi link download pasal kartoon tu. tul la komen dia punya cerita pendek2 kan. sebab kos kot. hari ni bz skit.. ada meeting. k. chowwww.



Saturday, October 11, 2008

Testing

Dah Lama Tak Memblogging....Kini akan Aktif Kembali

Sunday, July 6, 2008

Beli Tanah

Assalamualikum...
Dah lama x menulis kat sini. Almaklumlah bz skit. lagipun xde idea nak menulis. Giya pun dah sound. Kebetulan semalam kuar ngan fariz macho. Dia bertanyakan mengenai tanah yang bakal dibelinya untuk dibuat rumah. Saya pun beri pandangan saya kepada dia setakat mana yang saya tahu lah dari segi aspek kejuruteraan.
Pada saya, sebelum beli sesuatu tanah untuk dibuat rumah selain dari faktor harga, lokasi dll, faktor keadaan asal tanah dan sejarah tanah di kawasan tersebut harus di ambil kira. Ini kerana tanah yang bakal dibeli tersebut akan di kenakan beban tambahan.
Pertamanya kita kena la pastikan tanah tersebut tidak banjir. kalau x kita jadi sentiasa x tenteram lah bila hujan lebat datang. selain ini kita harus juga selidiki samada tanah tersbut adalah tanah asal atau tanah di tambak. Sekiranya tanah tersebut ditambak, kita kenalah hati2 skit. Kalau empunya asal menambak di atas tanah yang mempunyai keupayaan galas yang tinggi x apa lah. Tapi kalau kawasan paya haruslah berhati2 kerana kebiasaannya mereka akan terus menambak di atas tanah yang sedia ada tanpa membuang terlebih dulu tanah busuk, kayu kayan, top soil dan sebagainya. Kita mungkin akan beranggapan perkara ini adalah kebiasaan tetapi risikonya bakal dirasai kemudian. Ini kerana ia bakal mengakibatkan pemendapan tanah tersebut pada masa2 akan datang yang mana akan menagkibatkan struktur dan bukan struktur bangunan. Ini kerana kuantiti tanah tersebut yang mengandungi air dan bahan mudah reput akan berlaku pengurangan isipadu akibat dari wujudnya ruang-ruang kosong yang ditinggalkan kayu kayan selepas ia mereput dan kandanguan air didalam tanah tersebut mengalir keluar akibat dari tindihan beban di atasnya. Ruang-ruang kosong tersebut akan dipenuhi oleh tanah2 disekitarnya yang mana akan mengurangkan isipadu asal tanah terebut. hal ini membuatkan tanah tersebut termampat ke bawah yang mana bakal memberi kerosakan kepada bangunan.
Itulah yang dapat saya sampaikan berdasarkan pengetahuan saya dan saya akan bicarakan bagaimana untuk mengatasinya pada post yang akan datang. Sahabat2 yang ada idea bolehlah turut sama membantu. Thank fariz macho cz bg idea nak menulis. .

Friday, May 30, 2008

Pemakanan Otak

Salam. Ada x sesiapa yang tahu mengenai pemakanan otak sperti contoh 'Examo'. Berkesan ke ? Sesiapa yang ada personal experiance leh x tolong explain.

Civil Engineering : Masalah dan Penyelesaian

Assalamualaikum
Sejak kebelakangan ini kita pernah dengar atau lihat mengenai kegagalan bumbung bangunan yang dibina menggunakan 'cold rolled' terutamanya di bangunan dewan. Ada tak kawan-kawan kat sini yang boleh explain sebab apa dia berlaku. thank you