Sunday, July 6, 2008

Beli Tanah

Assalamualikum...
Dah lama x menulis kat sini. Almaklumlah bz skit. lagipun xde idea nak menulis. Giya pun dah sound. Kebetulan semalam kuar ngan fariz macho. Dia bertanyakan mengenai tanah yang bakal dibelinya untuk dibuat rumah. Saya pun beri pandangan saya kepada dia setakat mana yang saya tahu lah dari segi aspek kejuruteraan.
Pada saya, sebelum beli sesuatu tanah untuk dibuat rumah selain dari faktor harga, lokasi dll, faktor keadaan asal tanah dan sejarah tanah di kawasan tersebut harus di ambil kira. Ini kerana tanah yang bakal dibeli tersebut akan di kenakan beban tambahan.
Pertamanya kita kena la pastikan tanah tersebut tidak banjir. kalau x kita jadi sentiasa x tenteram lah bila hujan lebat datang. selain ini kita harus juga selidiki samada tanah tersbut adalah tanah asal atau tanah di tambak. Sekiranya tanah tersebut ditambak, kita kenalah hati2 skit. Kalau empunya asal menambak di atas tanah yang mempunyai keupayaan galas yang tinggi x apa lah. Tapi kalau kawasan paya haruslah berhati2 kerana kebiasaannya mereka akan terus menambak di atas tanah yang sedia ada tanpa membuang terlebih dulu tanah busuk, kayu kayan, top soil dan sebagainya. Kita mungkin akan beranggapan perkara ini adalah kebiasaan tetapi risikonya bakal dirasai kemudian. Ini kerana ia bakal mengakibatkan pemendapan tanah tersebut pada masa2 akan datang yang mana akan menagkibatkan struktur dan bukan struktur bangunan. Ini kerana kuantiti tanah tersebut yang mengandungi air dan bahan mudah reput akan berlaku pengurangan isipadu akibat dari wujudnya ruang-ruang kosong yang ditinggalkan kayu kayan selepas ia mereput dan kandanguan air didalam tanah tersebut mengalir keluar akibat dari tindihan beban di atasnya. Ruang-ruang kosong tersebut akan dipenuhi oleh tanah2 disekitarnya yang mana akan mengurangkan isipadu asal tanah terebut. hal ini membuatkan tanah tersebut termampat ke bawah yang mana bakal memberi kerosakan kepada bangunan.
Itulah yang dapat saya sampaikan berdasarkan pengetahuan saya dan saya akan bicarakan bagaimana untuk mengatasinya pada post yang akan datang. Sahabat2 yang ada idea bolehlah turut sama membantu. Thank fariz macho cz bg idea nak menulis. .

1 comment:

f_mgh said...

caya bro,

memang terer lah member enjinier aku nih.. nanti bali, aku sound, kita bowl k..